KESIHATAN DAN KECANTIKAN DENGAN DCL

Bakul Shopping

Show Cart
Your Cart is currently empty.
You are here: Home
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Advertisement
Adobe Reader perisian pembaca dokumen digital PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh DCL Support Team   
Selasa, 14 Ogos 2007

ImageOleh MOHAMED ZACKERIYA HANEEF

ADOBE Reader merupakan perisian yang amat popular penerimaannya dewasa ini. Sehingga kini, bilangan penggunanya sudah pun menjangkau angka setengah bilion.

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah faktor-faktor yang menjadikan ia begitu popular? Pertamanya disebabkan faktor penerimaan format fail PDF sebagai kaedah format standard yang diguna pakai daripada penyebaran dokumen merentasi talian sehinggalah kepada industri percetakan komersial.

Ini ditambah oleh faktor kemampuan sokongan kepenggunaannya merentasi pelantar serta sistem pengoperasian.

Selain daripada itu, perisian itu popular disebabkan kesediaan Adobe menyediakan kemudahan memuat-turun (download) perisian pembaca dokumen PDF secara percuma.

Perisian pembaca dokumen PDF ini dikenali sebagai Adobe Reader.

Perbezaan Adobe Reader dan Adobe Acrobat

Perisian Adobe Acrobat adalah perisian khusus yang diguna pakai untuk menghasilkan fail mahupun dokumen dalam format PDF. Keupayaan sedemikian turut disediakan pada perisian-perisian Adobe yang lain seperti Adobe Photoshop, Illustrator, InDesign dan sebagainya. Produk-produk ini perlu dibeli.

Malahan, perisian-perisian arus perdana yang lain turut menyediakan kemudahan untuk membolehkan para pengguna menghasilkan fail serta dokumen dalam format PDF.

Perisian Adobe Reader adalah perisian yang berfungsi sebagai pembaca dokumen berasaskan format PDF.

Dengan kata lain, untuk membolehkan anda membaca dokumen dalam format PDF, anda haruslah mendapatkan terlebih dahulu perisian Adobe Reader.

Perisian tersebut boleh diperoleh secara percuma daripada laman web Adobe sendiri iaitu di alamat www.adobe.com.

Kemudahan untuk membeban ke bawah perisian tersebut turut disediakan pada laman-laman web yang menyediakan dokumen dalam format PDF.

Kelazimannya tapak-tapak web yang menyediakan kemudahan tersebut akan menyediakan bebutang capaian yang memaparkan logo ‘GET ADOBE READER’.

Namun, kaedah terbaik tentunya adalah dengan bertandang terus ke tapak web syarikat tersebut dan memuat-turunnya.

Ikuti langkah berikut untuk mempelajari kaedah Adobe Reader:

Sekiranya komputer peribadi anda sudah pun mempunyai perisian Adobe Reader ataupun jika anda pernah memuat-turun perisian tersebut sebelum ini, anda boleh melawati laman web Adobe untuk mendapatkan versi mutakhir (terkini) perisian Adobe Reader tersebut.

Elok juga jika anda mendapatkan versi mutakhirnya kerana versi mutakhir akan menyediakan pembaharuan serta ciri tambah keupayaan yang terbaru. Adobe Reader kini mempunyai versi 7.0.

1. Pastikan anda sudah mempunyai capaian Internet, lancarkan perisian pelayar Internet Explorer (ataupun perisian pelayar kegemaran anda seperti Netscape Communicator, Opera, Firefox dan sebagainya) dan taipkan alamat laman web Adobe iaitu www.adobe.com.

2. Pada laman web permulaan Adobe, perhatikan bebutang yang memaparkan teks ‘GET ADOBE READER’.

3. Klikkan bebutang tersebut dan anda akan dipaparkan dengan laman yang menyediakan bebutang ‘DOWNLOAD NOW’.

4. Sebaik sahaja anda mengklik bebutang tersebut, kekotak dialog akan dipaparkan dan ia akan meminta anda untuk membuat pilihan antara dua jenis proses beban ke bawah yang disediakan.

5. Pilih pilihan jenis beban ke bawah dan tunggu sehingga proses memuat-turun disempurnakan.

6. Sebaik sahaja proses memuat-turun disempurnakan, anda akan dapat melihat ikon instalasi (installation) perisian Adobe Reader pada komputer anda.

7. Klikkan pada ikon tersebut dan proses instalasi akan dimulakan. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengklik bebutang ‘NEXT’ sehinggalah anda berjumpa paparan yang memaparkan bebutang ‘FINISH’.

Ini adalah paparan terakhir sekali gus menandakan proses instalasi sudah pun sampai ke penghujungnya. Klikkan sahaja bebutang ‘FINISH’ dan anda telah menyempurnakan proses instalasi tersebut.

Sesudah menyempurnakan proses instalasi, ia akan meletakkan ikon perisian Acrobat Reader pada skrin DESKTOP komputer peribadi anda dan juga ikon pada menu START.

- MOHAMED ZACKERIYA HANEEF merupakan seorang konsultan latihan ICT. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 29 Mac 2008 )
 
< Prev

Login Form






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Hubungi Kami

Kami sedia membantu anda

Hubungi kami menggunakan butiran di bawah::

019-2111678   019-2111678 - Norlina

crasher_1978@yahoo.com   crasher_1978@yahoo.com

   Yahoo! Messenger:

CS1:  crasher_1978@yahoo.com

Bancian

Dalam Talian

E-Surat

Sila subscribe newsletter kami, utk menerima maklumat terkini melalui email anda.
E-Berita Terkini


Receive HTML?

JA Catpopup

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini19
mod_vvisit_counterSemalam15
mod_vvisit_counterMinggu Ini78
mod_vvisit_counterBulan Ini305
mod_vvisit_counterKeseluruhan4587