|
Adobe Reader perisian pembaca dokumen digital |
|
|
|
|
Ditulis oleh DCL Support Team
|
|
Selasa, 14 Ogos 2007 |
|
Oleh MOHAMED ZACKERIYA HANEEF ADOBE Reader merupakan perisian yang amat popular penerimaannya dewasa ini. Sehingga kini, bilangan penggunanya sudah pun menjangkau angka setengah bilion. Mungkin anda tertanya-tanya, apakah faktor-faktor yang menjadikan ia begitu popular? Pertamanya disebabkan faktor penerimaan format fail PDF sebagai kaedah format standard yang diguna pakai daripada penyebaran dokumen merentasi talian sehinggalah kepada industri percetakan komersial. Ini ditambah oleh faktor kemampuan sokongan kepenggunaannya merentasi pelantar serta sistem pengoperasian. Selain daripada itu, perisian itu popular disebabkan kesediaan Adobe menyediakan kemudahan memuat-turun (download) perisian pembaca dokumen PDF secara percuma. |
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 29 Mac 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Kelebihan Mozilla Firefox |
|
|
|
|
Isnin, 26 Februari 2007 |
|
Bersama Bakhtiar Abd Hamid SOALAN: Apakah kelebihan perisian pelunsur Mozilla Firefox berbanding Internet Explorer?pijo hafiz
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
JAWAPAN: Mozilla Firefox adalah perisian pelunsur yang menggunakan perlesenan sumber terbuka. Ia boleh digunakan di atas platform sistem operasi Windows, Unix atau Macintosh.Firefox dibangunkan oleh Mozilla Corp dengan kerjasama ramai lagi pembangun lain di serata dunia. Antara kelebihan Firefox ialah: - Pelunsuran Tab
Ciri itu tidak memerlukan anda membuka banyak tetingkap untuk memaparkan laman yang dilawati. Ia memudahkan penyelengaraan tetingkap dan mengurangkan penyepahan tetingkap di atas desktop. - Penghalang Pop-up
Anda mempunyai kawalan penuh ke atas laman yang boleh mengeluarkan pop up/down dan laman yang tidak boleh. |
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 29 Mac 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|