KESIHATAN DAN KECANTIKAN DENGAN DCL

Bakul Shopping

Show Cart
Your Cart is currently empty.
You are here: Home
  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Advertisement
Sistem rawatan air PDF Cetak E-mail
Selasa, 14 Ogos 2007
ImageDE Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL), syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera optimis produk terbarunya, Sistem Perawatan Air Ionik mampu mencapai sasaran jualan 100,000 unit tahun ini.

Pengerusi Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar, berkata pada mulanya, pihaknya meletakkan sasaran jualan sebanyak 7,000 unit ketika produk itu dikeluarkan tetapi terkejut apabila permintaannya begitu tinggi dan sehingga akhir Januari lalu saja, 15,000 unit sudah dijual.

"Kelebihan air ionik yang dihasilkan menerusi alat itu ialah ia kaya dengan oksigen, molekul lebih halus dan kandungan alkali lebih tinggi. Malah berdasarkan kajian pakar, air ionik kedua terbaik selepas air zam-zam dan harganya lebih rendah berbanding pesaing," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian penghargaan dan penyampaian watikah Anugerah Khas Setia Berjasa oleh Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, kelmarin.

ImageHadir sama Ketua Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia (PBPKNM) Bahagian Negeri Sembilan, Tunku Mohsinuddin Tunku Jamil dan Pengasas dan Pengarah Urusan DCL, Datuk Azlina Che Abdullah.

Stapa yang juga Ahli Kehormat VIP PBPKNM, berkata pihaknya juga akan memperluaskan penjualan penapis air itu ke Indonesia pertengahan tahun ini.

"Buat masa ini, kami akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terlebih dulu, tetapi saya yakin potensi tinggi pasaran di Indonesia," katanya.

Beliau berkata, Sistem Perawatan Air Ionik dijual pada harga pengenalan sebanyak RM1,790 dan boleh didapati di mana-mana ejen DCL seluruh negara. "Harga asal produk itu adalah RM2,000 tetapi kita menjualnya lebih rendah sebagai pengenalan pada pasaran," katanya.

Selain itu, beliau berkata, DCL akan menambah lagi rangkaian produk jualan mereka termasuk produk tuala wanita pada awal Februari ini.

"Tuala wanita itu diimport khas dari Turki dan berbeza dengan produk yang sedia ada di pasaran malah ia dibawa masuk khusus untuk wanita Muslim," katanya.

Stapa berkata, pada tahun ini, DCL turut merancang mengembangkan perniagaan ke Bangladesh selepas beberapa negara lain tahun lalu.

Sumber Informasi:

Publication : Harian Metro
Date : 02/02/2008
Page Number : 29
Headline : Sistem Perawatan Air Ionik
Byline : Oleh Muhd Izawan Bahari

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 27 Mac 2008 )
 
< Prev

Hubungi Kami

Kami sedia membantu anda

Hubungi kami menggunakan butiran di bawah::

019-2111678   019-2111678 - Norlina

crasher_1978@yahoo.com   crasher_1978@yahoo.com

   Yahoo! Messenger:

CS1:  crasher_1978@yahoo.com

Dalam Talian

E-Surat

Sila subscribe newsletter kami, utk menerima maklumat terkini melalui email anda.
E-Berita Terkini


Receive HTML?

JA Catpopup

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini20
mod_vvisit_counterSemalam15
mod_vvisit_counterMinggu Ini79
mod_vvisit_counterBulan Ini306
mod_vvisit_counterKeseluruhan4588