|
Dato Stapa lahirkan Jutawan Melayu |
|
|
|
|
Ditulis oleh DCL Support Team
|
|
Selasa, 14 Ogos 2007 |
|
MASA yang beredar pasti tidak terasa sepanjang perbualan dengan lelaki bertubuh 'slim' dan tinggi ini kerana kepetahannya bercakap mampu menaikkan semangat pendengar, sesuai dengan kepakarannya sebagai perunding motivasi. Gayanya bercakap dengan nada suara yang mengikut kepentingan subjek yang ingin diperkatakan dan keyakinan diri tinggi yang dilihat jelas pada dirinya, cukup mengkagumkan. Bagaimanapun, Stapa Omar bukan hanya ingin 'menjual' kepakarannya memotivasikan orang ramai, sebaliknya berkongsi peluang perniagaan bagi memajukan ummah supaya orang Melayu boleh berbangga dengan kemampuan ekonominya di negara sendiri. |
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 27 Mac 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Pemimpin cemerlang DCL dirai |
|
|
|
|
Ditulis oleh DCL Support Team
|
|
Selasa, 14 Ogos 2007 |
|
KUALA LUMPUR: Lebih 700 pemimpin atasan pengedar produk De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL) diraikan dengan penuh meriah dalam Majlis Gala Dinner Kebangsaan 2007 di sini, kelmarin. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar berkata majlis berkenaan diadakan buat kali ketiga bagi mengumpul pengedar selain memperingati ulang tahun ke-10 syarikat terbabit. "Kami ingin meraikan mereka yang cemerlang dan komited terhadap DCL yang kini mencecah sepuluh tahun. Mereka yang hadir ini terdiri daripada wakil setiap negara pasaran produk DCL seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. |
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 27 Mac 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Dulu guru sekolah, kini jutawan |
|
|
|
|
Ditulis oleh DCL Support Team
|
|
Selasa, 14 Ogos 2007 |
|
MENJADI jutawan merupakan impian setiap kita yang saban hari bertungkus lumus bekerja mencari rezeki dari titik peluh yang halal. Bagaimanapun, berapa ramaikah daripada kita yang berjaya mencapai impian tersebut walaupun telah mencurahkan keringat dari awal pagi hingga lewat tengah malam. Sebelum ini, situasi yang sama juga dihadapi oleh Kamarulzaman Jailan, 46, yang meninggalkan kerjaya perguruan untuk menceburi bidang perniagaan. Beliau melakukan pelbagai perniagaan daripada berniaga di pasar malam, menjual nasi lemak hinggalah menjual cakera padat (CD) dan pernah diisytiharkan muflis pada tahun 1993. |
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 29 Mac 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|